Tuesday, December 29, 2009

Ke Semester yang Baru...

Persediaan bagi semester baru ini dimulai secara praktikalnya dengan kepulangan ke USM pada hari Ahad. Dan pada hari semalam, persediaan tersebut menjadi lebih rapi apabila keputusan akhir telah diambil dalam pemilihan kursus-kursus bagi semester ini kecuali kertas minor yang mungkin akan diubah jikalau pensyarah kimia fizik bersetuju untuk menukar masa kuliah pada hari Selasa. Suka atau kurang suka, saya perlu membawa satu kursus tahun tiga ke dalam semester ini. Pertindihan masa yang ketara dan menjengkelkan menyebabkan tindakan tersebut perlu dan wajar diambil. Buat masa sekarang, saya menunggu sahaja jawapan sama ada pertukaran waktu kuliah akan berlaku untuk memuktamadkan kertas minor saya.
Kembali ke hari Ahad semasa dalam perjalanan balik ke USM. Saya rasa terkilan, kurang senang hati dan mungkin terharu . Semasa bas yang dinaiki menyinggah di Medan Gopeng, Ipoh, maka naiklah tiga orang orang kelainan upaya (penglihatan) dengan pimpinan dua pemuda yang pada mulanya saya ingat abang kepada mereka. tapi sebenarnya selepas seketika barulah saya dapat kenal pasti yang kedua-duanya hanyalah antara mereka yang menunggu bas di stesen bas tersebut. Mereka menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Saya respek tindakan mereka.
Kemudian, semasa menaiki feri, seorang pemuda pula memimpin salah seorang daripada si adik yang kurang bernasib baik tersebut. Kelibat yang dua orang lagi sudah tidak kelihatan. Saya menjangkakan mereka tidak menaiki feri untuk menyeberangi selat yang memisahkan Pulau Pinang dengan Tanah Besar. Pemuda yang berusia lebih muda daripada saya itu meneruskan pimpinannya sampailah si adik tersebut selamat duduk di dalam bas Rapid Penang. Selepas itu, barulah pemuda itu meninggalkannya dan menuju ke destinasinya yang sebenar. Saya yang melihat dari arah sebuah bas yang lain berasa terkilan dan kurang senang hati kerana tidak berupaya membantunya. Melihat si adik mengembara seolah-olah keseorangan. Terharu pula dengan pemuda-pemuda yang membantu walaupun perjalanan mereka terganggu sedikit. Moga-moga pertolongan yang ikhlas direstui Tuhan.
Sesungguhnya, semalam merupakan malam yang melesukan. Dengan perkhidmatan internet tanpa wayar USM yang masih belum dipulihkan, malam semalam diharungi dengan mengemas kini diri dengan maklumat sahabat handai di dalam Facebook. Setelah itu, novel "Segalanya Untukmu" menemani diri sehinggalah mata terlelap menanti pagi yang indah.
Pagi ini dimulai dengan kelas Bahasa Inggeris. Tidak banyak infomasi yang disampaikan kerana proses pendaftaran/penguguran kursus masih lagi berjalan. Dan kini, menunggu kuliah yang seterusnya iaitu pada pukul tiga petang. Menanti keputusan pertukaran waktu kuliah (jika sudah diputuskan).

Saturday, November 7, 2009

Bayangan Diri

semakin dapat kulihat diriku,
semakin dapat kulihat perbuatanku,
yang dulu,
yang ku rasa membantu,
tetapi bagi orang lain,
yang mungkin menjengkelkan,
yang mungkin membebankan.

aku tersentak,
aku terpaku,
tatkala ku dibawa ke situasi yang sebegitu,
sebagaimana yang dulu,
dalam keadaan yang baru.

namun,
apakah dayaku... ( mungkin senyap )
jika yang dulu itu tidak membantu,
jika yang dulu itu tidak sesuai bagi kamu..
apakah yang boleh ku lakukan...
untuk mengubati yang dulu (jika perlu),
kerana itu telah menjadi dulu.

di kalbu,
intipatinya bercelaru,
tatkala ditayangkan dengan insiden sebegitu,
tatkala diberi peluang kedua merasai perkara dulu.

di mindaku,
acapkali aku memikirkan yang dulu,
timbang tara sebagai peluru,
mengaplikasikan perkara yang perlu,
mengubah keputusan dulu dalam keadaan yang baru,
agar yang baru tidak jadi seperti yang dulu.

Wednesday, October 28, 2009

Peperiksaan bakal menjelang tidak lama lagi. Dengan lebih tepat lagi, minggu depan peperiksaan akan bermula. Seperti semester yang lalu, hanya perasaan itu yang ada. Perasaan yang lagi dulu datang menyinggah jasad ini sekali-sekala saja, kemudian pergi. Pahatan memori yang dibawanya tidaklah begitu meninggalkan kesan walaupun ia berupaya memacu momentum jasad ini ke arah menara yang paling tinggi. Hal ini kerana tindakan tidak menyusul seiring dengan bauran bermacam-macam perasaan. Mekanisme yang sebagaimana lagi yang perlu dicuba?


Barangkali bukan soal mekanisme tapi langkah permulaan...
Tenangkan diri dan melangkah…

Sunday, October 4, 2009

Mengapa tidak memilih dengan tepat sedangkan kita mempunyai pilihan?

SEDIH melihat keadaan di Indonesia yang digempakan sekali lagi oleh kuasa alam. Bilangan penduduk yang terkorban sudah tentunya meningkat dengan mendadak saban hari melalui usaha pencarian yang sedang giat dilakukan kini. Begitu juga dengan jumlah penduduk yang mengalami kemusnahan harta benda yang menjadikan mereka begitu kesempitan dari segi keperluan asas. Melalui artikel surat khabar yang dibaca hari itu, mereka makan makanan dan minum minuman yang seadanya walaupun tahap kualiti makanan dan minuman sangat rendah. Namun, dalam keadaan yang begitu memaksa, adakah mereka mempunyai pilihan? Mereka tiada pilihan kerana tekak yang kering perlu dibasahi dan perut yang kosong perlu diisi.
ATAS prinsip kemanusiaan, kita dapat lihat bantuan-bantuan negara jiran sekali lagi dihulurkan kepada mangsa-mangsa untuk meringankan penderitaan. Diharapkan negara Indonesia dapat mengharungi dugaan yang mencabar ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
DI negara kita pula, tatkala kita merasai gegaran sebagai kesan daripada bencana alam tersebut kerana Malaysia terletak begitu dekat dengan negara Indonesia, kita turut digegarkan dengan insiden masalah sosial yang semakin meruncing pada masa ini iaitu masalah merempit, memandu dengan tidak berhemah dan meragut. Masalah merempit sesungguhnya mendapat liputan berita yang begitu meluas di negara kita pada suatu ketika dahulu dan kekal sampai ke hari ini. Melalui perspektif saya, secara tidak langsung, perempit-perempit jalanan ini telah mendapat liputan berita percuma yang menjadikan mereka popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Barangkali mereka merasakan mereka dihargai melalui paparan yang sering kali memenuhi halaman akhbar. Mereka melabel diri mereka hebat, terbaik dan suka akan cabaran meskipun nyawa diri sendiri dan orang lain, jiwa ibu dan bapa serta kebahagiaan keluarga dipertaruhkan. Bayangkan sekiranya perempit ini maut kerana melakukan aksi yang kononnya hebat di atas jalan raya, bukankah ibu dan bapa akan berasa sangat sedih sehingga mungkin mereka kehilangan jiwa mereka? Mungkinkah kebahagiaan keluarga dapat dikekalkan sekiranya kematian sebagai akibat merempit berlaku dalam keluarga tersebut? Jawapannya, 'Tidak!!'. Malahan keluarga tersebut mungkin akan dicaci atau dijadikan buah mulut satu kampung yang seterusnya akan menjatuhkan prestij dan nama baik keluarga. Hidup dalam kekosongan jiwa dan kehinaan sebagai balasan untuk ibu dan bapa yang melahir dan bersusah payah membesarkan kita? Dalam perkara ini, pilihan boleh dibuat berbanding dengan peristiwa yang berlaku di Indonesia iaitu, penduduk Padang yang terpaksa pasrah pada kuasa alam atau kuasa Tuhan yang mahu menduga. Mungkin disebabkan kurangnya keprihatinan oleh orang yang tersayang, tekanan dalam pembelajaran dan marcapada, seseorang merempit untuk melepaskan diri daripada himpitan tekanan yang mendera. Tetapi, seperti dalam penyelesaikan masalah Matematik, bukan satu sahaja cara yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pelbagai cara wujud untuk mendapatkan jawapannya yang satu.
SATU lagi insiden jalan raya yang kurang sihat dapat saya kenal pasti yakni memandu atau menunggang melebihi kelajuan yang telah ditetapkan. Saya musykil dengan tafsiran papan-papan had kelajuan di tepi jalan yang dilakukan. Sebagai contoh, papan had kelajuan 80 km/sejam. Papan ini membawa maksud had kelajuan maksimum 80km/sejam atau had kelajuan minimum 80km/sejam di kawasan tersebut? Sekolah latihan memandu manalah yang mengajar papan had kelajuan yang dipacak di tepi jalan membawa pengertian had kelajuan minimum? Atau pemahaman sebenarnya senjaga diketepikan atas faktor mengejar masa, tidak mahu membazir masa lebih di atas jalan raya atau seronok melanggar peraturan trafik dan suka memecut? Melihat deruan yang laju di atas jalan raya boleh menakutkan pengguna jalan raya yang lain dan lebih serius lagi menyebabkan trauma. Selain itu, sedih untuk mendapat tahu bahawa ada saja kematian jalan raya semasa musim perayaan seolah-olah telah ditetapkan kematian mesti berlaku setiap kali musim perayaan menjelang. Sekali lagi, bukankah kita memiliki pilihan? Apakah resolusinya jikalau disebabkan nafsu kita di atas jalan raya kebahagiaan orang lain punah akibat kematian? Aman jiwa dan bahagiakah kita, penyebab kematian tersebut semasa meraikan sesuatu perayaan bersama-sama ahli keluarga yang tercinta, sedangkan keluarga yang satu lagi berkabung atas pemergian ahli keluarga yang dicintai dan disayangi? Apakah pula perasaan kita jika kedudukan watak antara kedua-dua keluarga saling bertukar? Saya yakin dan percaya bahawa keadaan yang wujud adalah kesedihan, ketidakamanan dan rasa bersalah yang memenuhi sanubari sepanjang kehidupan. Pilihlah untuk menggunakan jalan raya dengan berhemah!!
SEPANJANG minggu saya berada di rumah semasa cuti khas, saya tertarik dengan sebuah iklan kes ragut yang ditayangkan. Sungguh benar iklan yang dibuat itu sehinggakan saya rasa mampu membuat peragut-peragut di luar sana terpaku dan berfikir sejenak relevannya mereka berbuat sedemikian kepada orang lain dan bagaimana sekiranya balasan insiden yang sama berlaku ke atas diri sendiri atau ahli keluarga terdekat. Dan sangat diharapkan iklan tersebut mampu menyedarkan peragut atau potensi peragut yang ingin melakukan kesalahan ini. Perlu ingat bahawa setiap perbuatan ada balasannya. Perbuatan yang baik dibalas baik, perbuatan jahat dibalas dengan balasan yang setimpal, sungguhpun balasan itu mungkin tidak akan diterima pada masa itu juga. Dengan kata lain, balasan itu tetap ada dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk diberikan bagi setiap perbuatan yang dilakukan. Berubahlah dan jadilah insan yang terpuji. Cari pekerjaan yang memberikan sumber pendapatan tetap. Usah membiarkan hati dikaburi sikap pentingkan diri sendiri dan perasaan tamak haloba yang memberi kesenangan sementara buat diri sendiri tetapi keperitan berpanjangan kepada orang lain. Ingat, seseorang yang meragut bukan sahaja meragut harta yang terdapat dalam beg tangan tersebut, tetapi dia juga meragut nyawa manusia di samping jiwa individu terdekat kepada mangsa ragutan tersebut.

Wednesday, September 30, 2009

SHARING IS CARING...

Be grateful to those who have hurt or harmed you,
for they have reinforced your determination.
Be grateful to those who have deceived you,
for they have deepened your insight.
Be grateful to those who have hit you,
for they have reduced your karmic obstacles.
Be grateful to those who have abandoned you,
for they have taught you to be independent.
Be grateful to those who have made you stumble,
for they have strenghtened your ability.
Be grateful to those who have denounced you,
for they have increased your wisdom and concentration.

Sunday, September 27, 2009

You're big enough...


Pun,
Kalian pun.
Saya pun…


Should know what should be done,
Should know what should not be done,
You’re big enough… to think…


Tuesday, August 25, 2009

Cerita Pendek ( = Cerpen? )...

Hello..

Sudah lama saya tidak masukkan entri ke dalam blog saya ini... ermmm… pada kali ini saya hendak bercerita sikit tentang perkara yang telah berlaku ke atas diri saya dalam tempoh masa hampir sebulan ini… beberapa minggu lepas saya terlibat dalam ConvEx’09… sibuk? Mahu kata “ya” tidak pula secara realiti... sibuk itu hanya pada waktu tertentu sahaja… itupun kalau diistilahkan sibuk… hmm tidak tahu bagaimana saya ingin menggambarkan pengalaman dan perasaan saya selama menyertai sekretariat ConvEx’09 ini… beginilah, perkara yang mengirangkan hati ialah kesempatan bertemu dan berinteraksi lantas berkawan dengan orang lain baik dalam sekretariat mahupun pihak luar… selain itu, hubungan persahabatan yang sedia wujud pula dapat dipereratkan lagi melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama selain daripada bergurau senda antara satu sama lain tanpa mengira gosipan, lontaran kata-kata sinis, pujian atau pertukaran idea… satu patah perkataan yang boleh menggambarkan pengalaman ini : SERONOK..!!!

Namun, pada masa yang sama saya timbuni kerja-kerja kuliah yang mengambil kebanyakan masa saya saban hari. Jadi, luangan masa saya adalah lebih berfokuskan akademik saya. Terkilan juga perasaan saya kerana tidak mampu memberikan komitmen yang padu. Secara ringkasnya, sepuluh jari dirapatkan, lalu ampun dan maaf dipinta.

Kerjasama antara majlis tertinggi bahagian penajaan saya kira memuaskan walaupun ada kekurangan sikit yang perlu saya kuburkan… bumi manalah yang tidak ditimpa hujan, bukan!!
Tetapi, pengalaman mencari sumbangan dana dan produk ini memang mencelikkan mata dan membuka kerangka pemikiran saya. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah melibatkan diri secara langsung dalam bahagian penajaan. Memang baru dan mencabar bagi saya… hahaha..!!

Demikianlah urita pendek tentang penglibatan saya dalam tempoh masa hampir sebulan ini. Selepas minggu konvokesyen, saya pun pulang ke rumah. Rindu akan rumah dan ahli keluarga… maklumlah sudah lama tidak pulang... Di rumah, saya banyak berehat, makan dan tengok televisyen. Rancangan pembelajaran di rumah yang telah dibuat semasa masih lagi berada di USM tidaklah berjaya sangat. Implikasinya, kesusahan dan keletihan bakal dialami dalam beberapa minggu mendatang kerana beberapa kertas ujian penilaian akan dihadapi dan ditambahi kerja-kerja kuliah dan laporan amali yang masih belum diselesaikan. Untaian kata bagi diri sendiri, “WALK THE TALK” dan “BEKERJALAH ANDA, SEBELUM ANDA DIKERJAKAN”…

Selamat berpuasa kepada mereka yang ikhlas berpuasa…!!

Sunday, July 26, 2009

Pergaulan..

Keraguan dalam Kebenaran,
Kesukaran dalam Kebolehan,
Kesulitan dalam Kesenangan,
Kekocakan dalam Keheningan,
Keparahan dalam Keindahan.

Keikhlasan kian menghilang dalam penemuan kebenaran,
Golakan jiwa mempersoalkan dan menyekat kebolehan,
Persekitaran membantutkan pelaksanaan,
Teruk perancangan tergadai kelestarian.

Monday, July 20, 2009

Titian hari ini..

Hello!

Hari ini saya harungi dengan penuh tekanan dan bebanan. Tekanan dan bebanan yang dapat dibaui jikalau saya tidak melakukan dan menyelesaikan perkara tersebut terlebih dahulu. Namun, saya tetap dengan khayalan manis dan ketaksuban dengan teknologi yang berada di hadapan saya. Gara-gara lupa atau tidak mengendah pada prinsip,

Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian.


Walau bagaimanapun, kini tekanan telah berkurangan tetapi bebanan di dalam kepala masih terasa sampai sekarang. Dan saya perlu sedar dan betul-betul sedar. Kalau boleh, saya tidak mahu mengulangi kejadian / kekalutan pada hari ini. Keutamaan mahu diberikan dalam usaha merealisasikan matlamat yang ditetapkan dari masa ke masa.

Boleh..!

Sunday, July 19, 2009

kurang ajar ke kurang belajar..?

Curi masa sikit….

Dalam dua tiga hari ini, kata-kata ini bermain di minda saya : “Kurang ajar” dan “Kurang belajar”. Dapat kenal pasti persamaan dan perbezaan bagi kata-kata ini dari segi simantik, teknik sebutan dan mungkin tahap kesivikan penggunanya? Sebenarnya tafsiran demi tafsiran melintasi otak saya ini sehingga saya merasakan ada baiknya isu ini dijadikan subjek perbincangan dan dimasukkan ke dalam blog ini. Namun, buah fikiran dan pengolahan yang bakal saya taipkan di sini tiadalah kaitannya dengan sesiapa pun dan dalam keadaan yang sebagaimana pun… hanya ingin berkongsi idea untuk mengubah corak bersosial sesetengah orang, khasnya kepada mereka yang acapkali menggunakan frasa “KURANG AJAR!!”…

‘Lembu punya susu, sapi dapat nama’.. Apakah pendapat anda dengan peribahasa ini? Sekiranya perkara ini berlaku ke atas diri kita, marah bukan? Kalau tidak marah pun, akan rasa kurang senang bukan? Kalau tidak rasa apa-apa yang negatif tetapi sebaliknya terasa puas hati dan bersyukur, tahniahlah kerana tidak ramai yang dapat berbuat sedemikian…

Saya kira sama konsepnya di sini apabila kata-kata “kurang ajar” digunakan. Adakah kegagalan seseorang menampilkan diri dari aspek bahasa, kelakuan dan keperibadian dirinya dengan baik, ibu dan bapa atau penjaga atau gurunya yang harus dipersalahkan? Hal ini kerana pada dasarnya kumpulan orang inilah yang mendidik dan membentuk generasi muda kini…
“Kurang ajar” merupakan bahasa yang agak kasar dan merujuk kepada kegagalan atau kekurangan orang-orang ini dalam usaha mereka terhadap tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pendidik. Wajarkah mereka yang dipersalahkan? Atau individu muda tersebut yang wajar dipersalahkan kerana kurang belajar? Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segolongan manusia yang dijaga dan dididik dengan sangat baik. Tetapi, dukacitanya mereka tidak berjaya menunjukkan nilai-nilai murni yang dipelajari selama mereka berespirasi di atas permukaan bumi ini sehinggakan mereka dilabelkan mereka yang “kurang ajar”. Penegasan saya di sini ialah mereka ini “kurang ajar” atau “kurang belajar”? Saya merasakan frasa yang sepatutnya digunakan ialah “kurang belajar”. Tidak adil sekiranya kata kurang ajar digunakan kerana bukan pendidik-pendidiknya yang bersalah sebaliknya individu itulah yang harus lebih mencerap dan menonjol sebagai mereka yang terpuji. Maka, saya ingin menegaskan bahawa istilah “kurang belajar” yang sepatutnya digunakan untuk melabel mereka ini.
Selain dapat mengelakkan pergaduhan lidah ataupun fizikal, keadilan terhadap golongan pendidik yang sering kali dipersalahkan ini, apabila wujudnya kes atau isu yang berkaitan, dapat dituntut. Tambahan, penggunaan “kurang belajar” ini lebih sopan dan saya rasa tidak mencabar kesabaran dan toleransi sesiapa. Dengan kata lain, “kurang belajar” adalah lebih ideal untuk digunakan berbanding “kurang ajar”.

Peringatan : “kurang ajar” merujuk kepada mereka yang mengajar dan “kurang belajar” merujuk kepada mereka yang diajar… Justeru, daripada menggunakan “kurang ajar”, berubahlah kepada penggunaan “kurang belajar”, melainkan anda pasti bahawa orang tersebut betul-betul tidak pernah atau kurang diajar…

Thursday, July 16, 2009

...Kaca Pelita..

Di dalam fasa yang kedua, kami memasuki Pusat Latihan NAKA, Kedah untuk menyertai kursus Bina Negara. Selama 5 hari dan 4 malam kami menjalani kursus di sana. Kiranya seronok juga kerana dapat menyertai kursus sedemikian yang ala PLKN. Selain itu, keseronokan terasa apabila kami mendiami bilik/dorm yang berpenghawa dingin. Aktiviti yang diprogramkan agak memuaskan. Seronok semasa menerokai hutan pada malam hari secara beramai-ramai dan lagi mencabar dan memuaskan hati apabila berjalan sendirian yang hanya berpandukan lampu-lampu petanda yang dipasang. Walaupun pada malam itu, si dia yang berada di belakang saya tidak sihat dan terpaksa akur dengan stamina diri dan perlu dihantar ke hospital untuk direhatkan. Agak mencabar dan takut juga bagi saya yang kena pegang dia kuat-kuat. Tapi bersyukur dia tiada apa-apa pada hari itu.

Permainan yang berunsurkan kenegaraan yang agak menarik turut disediakan. Agak terhibur dibuatnya. Dari segi makanan kurang sikit dari segi kesesuaian menu, mutu dan kuantitinya. Walau bagaimanapun, dari keseluruhannya penilaian yang boleh saya buat adalah memuaskan.

Tambahan, melalui fasa ini saya dapat mendalami sejarah negara di samping menyedari sesuatu yang mungkin tidak patut dilakukan. Namun tidak mengapa kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan?

mungkin disambung atau tidak akan disambung...


Monday, July 13, 2009

faktor masa dan idea..

Blog ini buat sementara tidak dapat saya kemaskinikan kerana ingin meluangkan masa dengan perkara-perkara prima dahulu dan tiada idea untuk menyusun kata-kata. Saya akan memasukkan entri ke dalam blog ini setelah semuanya sudah terkawal dan masa mengizinkan.

Ceria selalu dan jaga diri baik-baik...

Wednesday, July 1, 2009

...Sumbu Pelita...

Penantian yang dinanti-nantikan akhirnya berakhir. Program bersama-sama pelajar baru USM bagi sesi 2009/2010 akan bermula pada keesokan hari. Jentera-jentera penggerak yang dulunya bergelar PPMS (Pembimbing Pelajar Minggu Suai Kenal) telah ditukar identitinya kepada PPSL (Pembimbing Program Siswa Lestari) selari dengan status universiti APEX yang diamanahkan.

Semenjak 14 Jun yang lalu, sukarelawan-sukarelawan/paksarelawan-paksarelawan bagi program ini telah berkampung semula di bumi USM untuk menjalani latihan intensif dalam dua fasa. Dalam fasa pertama, latihan intensif pendengaran dan ketajaman pemikiran ditempuhi. Ceramah-ceramah daripada pelbagai pihak di USM diikuti. Selain itu, atas dasar keprihatinan inisiatif diambil untuk bertanyakan soalan agar sebarang kemusykilan dapat diuraikan lantas kekhilafan dapat dikurangkan atau dielakkan.

....(sepatutnya dipaparkan pada 26/06/2009)

akan disambung...

Thursday, June 4, 2009

~TM KPT~

Perjumpaan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah pada hari ini merupakan pembuka mata bagi saya yang tidak pernah lagi mempunyai peluang untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negara. Melalui pengamatan kata-kata yang dilontarkan, saya dapat merasakan beliau merupakan seorang yang berjiwa mahasiswa dan mesra dengan kami, wakil-wakil persatuan dan kelab yang berada di dalam dewan kuliah A. Nasihat dan petunjuk diberikan selain menjelaskan beberapa perkara yang secara tidak langsungnya telah menjawab persoalan-persoalan yang selalu bermain-main di dalam minda.

Kemudian, tiba pula sesi soal jawab dengan YB. Memang mengkagumkan apabila terdapat mahasiswa dan mahasiswi yang tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertanyakan soalan yang selama ini menjadi bebanan dan konfusi pada diri masing-masing. Namun, senario di dalam dewan menjadi semakin panas dan rancak tetapi masih terkawal apabila terdapat mahasiswa dan mahasiswi yang bangkit dan tampil untuk menyuarakan ideologi dan mungkin ketidakpuasan dalam beberapa perkara. Sinis aturan kalimat yang diluahkan berdasarkan kandungan konotasi tersirat yang saya kira mudah untuk ditafsirkan dan difahami. Bangkit juga pihak yang sebelah lagi untuk membenteng virus-virus yang mengancam mereka. Suasana pada masa itu adalah seolah-olah saya telah bertukar identiti sebagai seorang wakil persatuan/kelab kepada seorang penonton di dalam mahkamah yang mempertontonkan kedua-dua pihak pendakwaraya dan pembelaan melepaskan hujah-hujah bernas masing-masing. Penguasaan dewan adalah berpihak kepada pihak pendakwaraya. Hakim mahkamah ialah YB. Terlalu hiperbola jika saya simbolikkan sedemikian?

Walau bagaimanapun, pendapat-pendapat yang diutarakan daripada kedua-dua pihak ada kesahihannnya. Pelbagai maklumat yang membuka minda dan kepastian dapat dikutip menerusi jawapan yang diberikan oleh YB.


Tuesday, June 2, 2009

Tiket Bas....

Hari ini saya melakukan satu ekspedisi berjalan kaki ke stesen bas Sungai Nibong untuk membeli tiket balik ke Teluk Intan. Mula-mula malas hendak berjalan sejauh itu apabila memikirkan perjalanan yang perlu saya tempuhi. Namun, tiba-tiba perasaan di sanubari begitu rela pada pagi ini. Maka, perjalanan dimulai menuju ke destinasi. Sampailah saya di kaunter menjual tiket. Sudah pukul 8.30 pagi. Alamak..!!! Dalam kaunter itu gelap dan belum beroperasi. Saya pun tunggu sebentar di sana memandangkan perjalanan dari Penang ke KL yang pertama akan bergerak pada pukul 9 pagi. Kebiasaannya, kaunter bas itu akan mula jual tiket sebelum perjalanan bas yang pertamanya bertolak. Saya pun duduk menunggu. Lebih kurang sepuluh minit telah berlalu, maka datanglah seorang gadis Melayu membuka pintu kaunter dan melakukan yang selainnya untuk mula berniaga menjual tiket. Adalah seorang pak cik Melayu pergi mendekati kaunter itu dan bertanyakan soalan. Selamba saja gadis itu. Menjawab atau tidak, saya tidak pasti. Kemudian datang pula seorang mak cik Melayu juga bertanyakan soalan dan meminjam pen dan kertas daripada gadis itu. Meninggalkan kaunter itu, mak cik ini mendekati saya sambil mengomen sikap gadis itu dan meluahkan isi hatinya yang agak kecewa bunyinya. Katanya, layanan gadis itu samba lewa dan sedikit tentang isu kaum... Saya tidak tahu hendak memberi reaksi yang macam mana selain meminjamkan telinga dan mendengar hamburan kata-kata serta mengiyakan sebagai tanda bersetuju. Tetapi, saya bersetuju dengan pendapat mak cik ini. Kecewa juga dengan perangai gadis itu kerana Melayu dengan Melayu pun begitu. Setelah berborak buat seketika, saya mendapat tahu bahawa mak cik ini merupakan emak kepada kawan yang belajar di USM. Setelah itu, saya pun mendapatkan tiket saya…06/06/2009 jam 1400.. Selepas itu, saya pun minta diri dengan mak cik itu dan bergerak pulang berjalan kaki. Saya anggap ekspedisi ini sebagai senaman badan kerana telah lama saya tidak berbuat sedemikian. =p


Saja meninggalkan coretan tentang perkara yang berlaku pada pagi ini untuk dijadikan tatapan dan disebabkan sudah lama tidak memasukkan entri di dalam blog ini. hehehehe...

Paradoks...


Kesukaan dalam kedukaan,

Kedukaan dalam kesukaan.



Tuesday, May 26, 2009

Kem Pimpin Siswa

dari 22~24/5, saya menyertai Kem Pimpin Siswa di Sungai Siput.. berdekatan dengan tempat saya menjalani PLKN dulu.. aktiviti-aktiviti dalam program ini saya rasa agak sama modulnya seperti di dalam PLKN.. namun, kem ini lebih bersifat kelestarian.. sesuatu program yang baik saya kira kerana pengalaman baru boleh dan dapat ditimba melalui kem ini.. antara aktiviti yang paling memikat dan menarik hati saya adalah acara 'sukaneka' dan 'survival'.. saya dapat mencuba banyak jenis permainan minda baru dalam aktiviti sukaneka (hehe boleh dipetik bagi aktiviti lain).. dalam survival, pula kami diberi ayam yang hidup-hidup untuk disembelih dan bahan masakan yang perlu dicari lokasinya di sekitar tempat perkhemahan.. kemudian, kami bertukar-tukar bahan masakan dan rempah yang ada dengan kumpulan lain supaya masakan yang tersedap dapat dihasilkan bagi makan tengah hari pada hari kedua perkhemahan.. hehe masakan kami hebat sehinggakan kami berjaya memikat hati juri untuk memberikan kemenangan masakan terbaik kepada kumpulan kami walaupun kekurangan peralatan dan bahan masakan.. agak sengit juga kerana perbezaan markah dengan yang tempat kedua hanyalah satu markah..
hehehehe... pengalaman memasang khemah dan tidur di dalamnya selama dua malam merupakan sesuatu yang baru bagi saya.. meskipun saya dimaklumkan bahawa para peserta akan disajikan dengan aktiviti lasak sebelum saya melaporkan diri, namun tahap kelasakannya tidaklah serupa dengan kelasakan yang berlegar di minda saya pada masa itu.. namun, tidak mengapa.. saya merasakan kem ini bagus dan mampu untuk menjalin dan membina hubungan yang erat sesama mahasiswa dan mahasiswi selain menyampaikan mesej kelestarian yang masih diragui takrifan sebenarnya.. saya merasakan kem ini adalah relevan dan akan bertambah baik setelah meneliti maklum balas yang diterima dan melakukan perubahan yang sewajarnya..

Saturday, May 2, 2009

haiz..

gagal melayari internet menggunakan laptop saya.. tidak tahu mengapa.. petang tadi dah siap taip satu entri untuk dimuatkan... tetapi disebabkan kegagalan sambungan internet, entri itu gagal untuk dipaparkan... dan tidak dapat direkodkan... haizzzz susah payah saya taip... hmmm tak pe la... lain kali je... tapi lain kali ini mungkin semester depan la... mungkin pada bulan enam baru sambung tulis balik dan kemaskini blog ini... akan balik awal ke sini pada 14/6 walaupun semester depan hanya akan bermula pada 6/7..

i will be joining a university programme for the new students.. haha hopefully i can learn a lot of things and gain new experiences from it..

hehe... maybe this will be the last entry that i could put up here for this semester..

so take care.. and good luck to all as well as happy always...!!
see ya..!! =p

Monday, April 27, 2009

TAG....2


1.What have you been doing recently?
nothing much after my last paper... have been trying to enjoy myself through games and building up good friendships with friends..

2.Do you ever turn your cell phone off?
no, i don't.. but mostly i will silent my handphone.. so it will not ring or alert me when i receive any call or message.. that is why i couldn't make it to reply to my friends' calls or messages immediately... i am very sorry for that..

3.What happened at 10am today?
i am still on my bed...

4.When did you last cry?
i would like to keep it as a secret.. but quite recent.. malunyeeeeer....

5.Believe in fate/destiny?
yes...

6.What do you want in your life now?
many things... but they are equally important for me.. and this really makes me confused as which goal i should start with..

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
i will bring one...

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
resting..

9.What bottoms are you wearing now?
a casual one..

10.What’s the nicest things in your inbox?
nice messages...

11.Do you tend to make the relationship complicated?
which relationship? ...erm maybe..

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
no..

13.What was the last drama you caught?
ghost whisperer..

14.What are you proud of?
something.. hehe

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
a good luck and take care msg...

16.What was the last song you sang out loud?
sampai syurga... i like the melody of this song..

17.Do you have any nicknames?
should ask my friends.. some call me soo.. some call me by my name chin soon..

18.What does the newest text say?
an asking for doing a favor message.. to wrap some presents for a programme that will be carried out soon...

19.What time did you go to bed last night?
3 something...

20.Are you currently happy?
okay la...

21.Who gives you the best advice?
anyone that can impress me with his words and explanations..

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
didn't try before...

23.Who did you talk to on the phone last night?
a friend.. to exchange movies... haha

24.Is something bugging you now?
ya.. myself...

25.Who was the last person to make you laugh?
my sister... maybe my family will be going to Pulau Redang during this sem break... hehe

this tag was ready since yesterday... ^^

"Cinta" dan ~keistimewaan~


~ "..cinta.." ~

terpikat dengan cara sebutan seorang senior di sini.. (penegasan saya ialah sintaksisnya dalam bentuk sebutan, bukan simantiknya...) sungguh istimewa penggunaan fonologinya untuk menyebut perkataan ini.. sehinggakan saya tercuba dan mencuba untuk melontarkannya dengan cara yang serupa.. namun, lain orang, lain budi bicaranya, lain frekuensi pita suaranya dan lain keperibadiannya.. ternyata gagal bagi saya memimik suaranya kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang saya kira tidak mampu dicabar atau diciplak oleh sesiapa..


~...keistimewaan...~

sebagaimana saya coretkan di atas, manusia sememangnya unik.. terdapat sesetengah perkara yang memisahkan antara kita.. pemisahan yang tidak dapat kita sambungkan walaupun sulaman benang emas digunakan.. contohnya, seseorang itu mampu bergaul rapat dengan rakan seperjuangannya dalam sesebuah organisasi tetapi masalah timbul dan menghantui si dia apabila kawan-kawan di sisinya menjadi subjek perbincangan jalinan persahabatan yang erat... kejayaan menjadi keraguan walaupun cubaan dirempahi keikhlasan... bagi saya, di sinilah wujudnya keunikan... tetapi natijahnya, kekosongan...


Sunday, April 26, 2009

Perhitungan...

perhitungan telah dibuat.. walaupun bukannya secara langsung, tetapi saya kira cukup untuk menyatakan perhitungan tersebut... ada subjek yang kurang memuaskan dan ada yang kata orang ok-la.. tetapi itu tidak bermaksud gred A menjadi genggaman tangan.... permintaan saya tidaklah setinggi semasa saya berada di bangku sekolah dahulu.. dulu A menjadi kejaran... bermati-matian untuk mendapatkannya... namun sekarang tidak.. semangat itu sudah pudar... sangat pudar... mungkin sudah tiada hati untuk melakukan yang ekstrem... atau keupayaan menjadi persoalan.. atau persekitaran memainkan peranan...

usia sudah menjangkau 21 tahun.. menurut budaya orang Cina, pada tahap ini kebebasan telah dikecapi kerana kunci kebebasan telah dimiliki... namun usia saya seolah-olah tidak disedari semenjak Tingkatan 5 lagi... adakah suasana dan ranjau kehidupan pada masa itu begitu memikat dan menuntut hati sehingga perhitungan usia yang sebegitu mudah tidak dapat dijumlahi? ~???~ ..perhitungan usia sesungguhnya tiada di dalam kitab pembelajaran..

ermm... *tengah fikir*

Thursday, April 23, 2009

TAG.... 1

Ditag beberapa hari yang lalu... yang berikut ialah maklum balas saya.....

1.Bekas kekasih saya adalah :
tak ada secara rasminya...

2.Saya sedang mendengar :
celotehan minda...

3.Mungkin saya patut :
rancang perkara yang boleh saya buat untuk luangkan masa di sini...

4.Saya suka :
berfikir, menganalisi dan mentafsir sesuatu perkara... tak kira la perkara besar ke kecil...

5.Sahabat-sahabat baik saya :
ada lah beberapa orang.... kawan ada ramai.. yang betul2 kawan baik? tak ramai.....

6.Saya tak paham :
banyak benda... dalam kehidupan... erti kehidupan ini... perkara yang saya mahu....

7.Saya kehilangan :
errrr... keyakinan diri... semangat.... ketajaman minda... sejak lepas keputusan JPA lalu..

8.Ramai yang berkata :
saya pendiam... takut saya bosan kalau saya keluar dengan depa.... tapi saya tak... saya enjoy je bila keluar dengan depa... tak tau la..................

9.Makna nama saya :
Soo = nama keluarga.. wajib la... Chin = ketabahan.... Soon = kelancaran dalam semua perkara... ( tafsiran sendiri ) tapi....... saya rasa nama saya ni cantik dan unik... hehe...

10.Cinta itu adalah :
ikhlas dan suci.... dan susah untuk diukur... tapi manusia ada kebolehan untuk merasainya bila diberi cinta...

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
siapa orang ni..? sekarang seorang je kat bilik...

12.Saya akan cuba :
menjadi orang yang boleh mencuba semua pengalaman hidup.... dan berkongsi pengalaman tu dengan orang lain...

13.Perkataan SELAMANYA membawa maksud :
keabadian kot...

14.Telefon bimbit saya :
ada satu je... dan yang murah punya... bagi saya asalkan boleh buat panggilan, hantar mesej dan boleh dengar radio... tak arif dan berminat sangat dalam teknologi...

15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya ialah saya ke...? tengok2 laptop...

16.Saya paling meluat apabila :
melihat kekejaman manusia...

17.Pesta/Parti adalah :
alasan bagi saya bertemu dengan kawan... kalau parti hari jadi, hehe i nak makan kek hari jadi tu je... muahahahaha... saya tak tak balik ( klu balik pun reluctant sangat ) kalau tak jamah potongan kek tu... hehe muka tembok kan? hehe saya suka makan kek...

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Rocky... anjing kat rumah saya... tapi dia dah makin tua dah... dah lama tak jumpa dengan dia...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
masa belajar dulu le kat bangku prasekolah, sekolah rendah dan menengah...

20.Hari ini :
baru je habis ujian... rasa kekosongan pula... tak tau nak buat ape lepas ni sampai kmt... akan tolong depa la dalam kmt kejap lagi tapi tak minta tugasan lagi... hehe sorry nanti saya dapatkan...

21.Malam ini saya akan :
tak rancang lagi... kalau kawan tak ajak keluar, tengok ghost whisperer kot or cerita lain... or pi library pinjam buku cerita...

22.Esok pula saya akan :
entah... benda yang sama kot...

23.Saya betul2 inginkan :
pengertian dan keadilan... pastu kawan yang betul2 boleh berkongsi masalah dan bertukar pendapat, yang akan tegur saya apabila saya buat salah.... hubungan yang sangat baik la dengan kawan ini ( masih mencari )...

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
kekemasan diri.... nak minta pendapat pakar nanti mcm mana nak set rambutku..... shukkk!!!

25.Pusat membeli-belah atau permainan :
suka pergi jalan2 tengok2 benda je... kalau nak beli, saya akan pikir lama sangat... hehe ini alamat pengguna TERLALU bijak... hehehe

26.Makanan Barat atau Jepun :
miss la peluang nak merasa makanan sepanyol... ari tu cikgu spanish i tu ada buat promosi kat kampus kejuruteraan... tak dapat join kerana hari tu hari selasa... ada amali di makmal... kalau tak mungkin saya akan join....... pasal makanan jepun ni pulak, errr pernah sekali saya beli sushi balik ke rumah.. bila makan tu rasa masam... ingatkan dah basi... adalah buang sikit... TAPI sebenarnya dah ditambah cuka la nasi pulut tu....... jakun betul dan membazirnyaaaaa... hehe..

27.Bilik yang terang atau gelap :
terpulang kepada keadaan... ada kala nak keadaan gelap... kadang kala nak terang-benderang...

28.Makanan segera ialah :
kadang kala makanan ini ialah makanan ruji saya... hehe... di rumah la... tapi kat sini dah tak selalu...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"bye bye... good luck in ur last paper!" kat kawan yang singgah kat bilik saya sekejap tadi...

30.Siapa yang Tag anda?
abg amin-aaaaaa le... hehe

so what do u think..? comment pls if u got any and if u want to... =)

Tamatnya Peperangan...

peperangan telah pun tamat.... penilaian peperangan..? masih dalam perhitungan...

walaupun tiada entri baru saya lakukan selama seminggu lebih ini, namun saya mengikuti perkembangan blog orang lain dan saya sendiri... banyak orang yang sudah mereka blog dan mula berblog... bak cendawan tumbuh selepas hujan... bagaikan penyakit barah yang merebak dengan cepatnya... hehehe.. bagus.. bagus..!! haha boleh saya menjenguk blog mereka nanti... otak saya sangat berat sekarang... tak tau nak mencoret ape kat sini... nanti la... sekali dengan penilaian yang tengah kukaji...

good day...!!

Friday, April 10, 2009

Peperangan Bakal Meletus..

Peperangan bakal meletus dalam beberapa hari yang mendatang... maka tidak baik dan boleh saya mencuri masa untuk berehat sebentar dan mencatatkan detik-detik peperangan yang akan menduga itu.. setiap detikan saat perlu saya manfaatkan untuk meneliti maklumat, fakta dan senjata yang sedia ada dan yang bakal saya adakan.. semua dana yang saya ada ini perlu saya tafsir, ingat dan seterusnya aplikasikan pada hari-hari genting itu kerana bagi saya, peperangan ini sangat penting.. sangat penting.. tujuan saya hanyalah ingin memenangi peperangan ini dengan kecederaan yang paling minimum dan kalau boleh dengan kos perbelanjaan yang terendah..

Saya berdoa dan berharap agar saya boleh dan mampu mencapai kemenangan yang amat saya perlukan...

Sunday, April 5, 2009

Tak Dan Tengah Pikiaq...

'tak dan tengah pikiaq...'

hehe...

bagus cadangan nama kumpulan ini yang dihamburkan dan diterima secara tidak langsung... sungguh mengejutkan dan konvensional tetapi cukup kreatif dan dinamik...

sorakan bagi kumpulan ini pula berbunyi macam ini :-


apa? ...tak dan

apa? ...tak dan

apa? ...tak dan

kenapa? ...tengah pikiaq la

we are the best... we beat the best...


haha ambil tu..!! meletup tau... =p ...muahahaha

Begini, semalam Desasiswa Bakti Permai didatangi 41 pelajar-pelajar dari S.M.K. Aman Jaya, Kedah.. mereka menganjurkan Program Jom ke USM selama dua hari satu malam ke USM dan meminta desasiswa kami untuk mengelolakan program tersebut.. jadi berpeluanglah saya untuk menjadi fasilitator yang tidak selalu saya jadi.. hehehe... berakankan dayu, kami membimbing kumpulan satu dan kami dapat tempat pertama dalam permainan tali.. hahaha... saja hendak bangga diri di sini... =p jangan ambil hati dan kecil hati kepada yang lain.. hehehe...

sebenarnya, saya sudah lama tidak menyertai atau mengelola program macam ini...
kakaka... rasa macam berada di sekolah menengah dulu pula... bagi saya, kepuasan
tercapai apabila saya boleh berinteraksi dengan peserta-peserta dan mendapat maklum balas yang positif daripada mereka tentang keseluruhan program... hahaha.. dan pada kali ini, rasanya mereka terhibur di samping berjaya mendapatkan banyak infomasi daripada fasilitator-fasilitator dan abang-abang senior yang ada sepanjang program ini... begitulah harapan mereka ke sini dan beginilah juga harapan kami di sini...

namun masa yang 'bahagia' ini ( menurut azza ...hehe ) tidak panjang... haiz.. walau macam manapun, rasanya akan ada peluang lagi kot pada hari-hari muka... harap-haraplah... kakaka...

kepada adik-adik yang datang dan telahpun pulang, jaga diri baik-baik... berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan dan mempraktikkan langkah-langkah proaktif dan produktif yang telah dicatatkan sepanjang program ini... buat yang terbaik dalam peperiksaan-peperiksaan awam yang bakal menjelang... good luck!

haha.. thank you all ( both the participants and the facilitators )..!! ^^

Tuesday, March 31, 2009

MALE CAPRICORN

A man in this Zodiac will has a pair of round big beautiful eyes, a nice structure jaw line.
He is a good listener and can understand everything easily and clearly.
He can guess what you will say before you even say it.
He often shakes his head or touch his hair.
He is a big built, but he will tend to have a small ear.
He tends to have a darker shade of hair and eyes' color.
He will likely have a short and strong neck, broad shoulder, muscular, strong hands and grips. He has a shorter fingers compare to the man of the same size and same height in the other zodiac.
His hands can work well at the same time can protect and care for his woman. His height will be proportional to his weight.
He will walk firmly and always take a big long step.
As he walks he will look around in caution with disturbance from his problems at present or in the past.
He likes to watch things built with fascinate and wonder about how it is done, so you could see him watching a construction site and not get bored.
He is a good dancer. He is a careful person in instinct, so even at dance floor, he will already have to know what in front or behind him before he will take any steps.
Green is his favorite color.
You will mostly see him wear green, navy, blue, or brown.
In all 12 Zodiacs, he is the one who can get the most satisfaction from possession of beautiful thing, and cherish it as if it is very valuable to him even it is just a crystal ball made in France.
It is his luck that he hardly has to chase after woman.
They always come themselves without his invitation.
He likes to treat his guest in his house than visiting his guest at their house.
He does not like to be a center of attention, so if you need his help, you have to look up for him. He lives his life in stability and simplicity.
Every decision made are already 'Sure' and carefully thought out.
He will not do what he has been asked to do if he is not interested in doing it. He acts casually but in reality, he always doing things seriously.
He loves peaceful and quiet environment so in his free time, he will stay at home instead of going out and look for adventure.
He loves nature and dreams of a nice and quiet house with lots of trees, or he may dream of a house in a beautiful countryside.
He will let you have freedoms and watching you in a distance.
If you are over doing something, he will let you know by his icy cold look.
He is the perfect lover in all the Zodiac for nothing he will not do for his love one.
He won't allow people to laugh at him or think he is a joker, so he will spent for himself luxury for what it is worth.
He likes neat and well dressed woman, so do not be a slop if you are dating this guy.
If you do that he will loose his face.
He is the romantic type who would dance with you under the moon light.
Love will make him shines and you will see it in his face.
He will not say it out loud, you have to know it yourself.

...an extract from an email..

Sunday, March 29, 2009

Malam Citramemori..

Hi..!

Semalam, saya menyertai satu aktiviti anjuran Portfolio Protokol dan Tugas-tugas Khas, MPD Bakti Permai.. haha dalam malam keraian bagi senior-senior yang bakal meninggalkan USM itu ada pelbagai acara yang menarik dan yang paling saya gemari ialah waktu makan.. muahahaha banyak yang saya makan dan makanan pun sedap.. siap dengan mesin pengisar ais untuk buat ais kacang.. mengagumkan..!

kemudian saya juga diberi peluang untuk memberi salah satu anugerah pada malam itu iaitu Anugerah Projek Terbaik Desa (harap-harap tak silap taip nama anugerah).. tak sangka nama saya tersenarai untuk sesi penganugerahan tersebut.. saya anggap itu sebagai suatu penghargaan hehe..

PADU dan DPNC tersenarai juga sebagai calon-calon projek universiti terbaik tetapi ada projek lain yang lebih mengungguli yakni Malam Variasiswa.. Tahniah..!!

Sebelum itu, anugerah pertama yang disampaikan pada malam semalam ialah Anugerah Exco Terbaik... Gambar yang dimuatkan dalam slaid ialah gambar Aiman, Dayu, saya dan Ninja.. ehh tak sangkalah gambar saya terpapar pada skrin itu.. Tiga orang calon dari Portfolio Akedemik dan Kerohanian dan seorang calon dari Portfolio Kebudayaan dan Integrasi.. (tetapi exco portfolio yang lain tidak kurang hebatnya)..

pemenang diumumkan..... SOO CHIN SOON...

haaaahhh..!! tentu ramai yang terkejut.. saya sendiri pun terkejut dan tergamam.. saya sebenarnnya tidak sangka yang saya akan mendapat sebarang anugerah pada malam semalam.. lebih-lebih lagi yang ini.. sungguh tidak sangka.. =.=''' saya memikirkan bahawa ada calon lain yang lebih baik..

tak tahulah.. hehehe terima je la.. terima kasih kepada mereka yang memilih saya untuk menerima anugerah ini.. tetapi gelaran 'EXCO TERBAIK' itu wajar dikongsi secara khasnya dengan Aiman, Dayu dan Ninja dan secara amnya bersama-sama semua EXCO MPDBP yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek-projek Bakti dan universiti lalu menaikkan nama Desasiswa Bakti Permai sepanjang sesi 2008/2009..

selain itu, AKERO merangkul Anugerah Portfolio Terbaik juga.. hehe 'melatup' AKERO..!! hahaha tahniah dan syabas AKERO..!!

kepada senior-senior yang diraikan pada malam itu, semoga terhibur dalam majlis tersebut dan kepada semua senior Bakti Permai semoga berjaya pada masa depan dan dalam kerjaya yang bakal diceburi.. bagi pengalaman pahit dan manis yang ditimba sepanjang masa berada di sini, jadikanlah memori kenangan yang terpahat di minda.. nostalgik jika diimbas kembali sekali-sekala..

Hasta luego! =D

Wednesday, March 25, 2009

Psikologi..

Mengapa...
dan
Kenapa...

~tidak ikut resmi padi.
~sediakan payung selepas hujan.
~ukur baju di badan orang.
~hampakan harapan dan impian ibu bapa.
~terdemotivasi.
~otak dan minda tidak terkawal.
~bertindak dengan tidak rasional dan relevan.
~berfikiran negatif.
~aspirasi tidak terpahat di hati.
~hilang jati diri.
~menipu diri.

Buatlah penaakulan diri..
Lakukanlah perubahan diri..
Usah meragui lagi..
Usah bermimpi lagi..
Jadi insan terpuji..
Tetapi..
Pantang termakan puji..

Sunday, March 22, 2009

CITRAWARNA USM 2009... BAKTI PERMAI MERANGKUL KEJUARAAN..

sungguhpun saya tidak terlibat secara langsung dalam pasukan citrawarna BAKTI PERMAI, namun saya dapat merasai kesungguhan mereka berlatih dalam latihan-latihan yang diadakan yang sampai ke larut malam dan begitu juga dengan kemantapan persembahan semasa beberapa latihan yang sempat saya saksikan.. bukan mudah untuk menghasilkan sebuah persembahan yang saya kira unik dan artistik ini jikalau dibandingkan dengan persembahan desasiswa yang lain.. pelbagai jenis tarian menarik yang digabungkan dan dipertontonkan menunjukkan kesungguhan dan kebolehan peserta dalam menyertai citrawarna pada kali ini dan sekali gus merangkul kejuaraan buat kali yang ketiga secara berturut-turut..


yeah..!! BAKTI menang..!!

BAKTI PERMAI!! CAK A..!! CAK A..!!


err.. rasa menyesal pula kerana tidak menyertainya.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.. bukan kerana kejuaraannya saya berpendapat sedemikian.. sebaliknya hubungan antara peserta yang terjalin erat selepas ini dan perasaan semasa dalam proses menjalani latihan itulah yang saya dahagakan.. haha.. mungkin tahun depan sajalah saya menyertainya.. meneroka dan merasai segala jenis perasaan yang ada.. saya bisa.. haha

untuk kata-kata akhir, tahniah dan syabas kepada pengajar, krew dan yang paling penting peserta CITRAWARNA DESASISWA BAKTI PERMAI...

tidak sia-sia saya jalan ke sana untuk menonton dan memberi sokongan... =p
muahahahaha... ^^

Friday, March 20, 2009

Sekalung penghargaan..

pada kali ini saya hanya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi meninggalkan komen di blog saya ini..

haha.. laluilah marcapada anda dengan gelak ketawa yang sakan..

~happy always yeah..!!~

Thursday, March 19, 2009

Bagaimana dengan kita yang masih muda...?

semasa tajuk terakhir iaitu kematian disyarahkan oleh pensyarah sebentar tadi, perasaan hiba dan terkilan merangsang pancaderia dengan tiba-tiba.. kesemua rangsangan ini berpadu dan membentuk suatu gelombang momentum yang memacu ke otak lalu menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan yang memakan masa untuk ditafsir dan direnung-renungkan
yang barangkali diakhiri dengan tindakan yang wajar mahupun tidak endah..
pensyarah menceritakan orang yang bakal menemui pintu dunia keduanya dan akan melangkah ke dalamnya, mengimbas kembali perkara-perkara yang telah dilakukan olehnya semenjak dia masih kecil-kecil lagi sampailah ke peringkat yang dilalui kini yakni peringkat kematian..

apakah sumbangan dia kepada umpamanya, ahli keluarganya, orang yang berada di sisinya, generasi muda akan datang dan masyarakat..?

adakah dia telah melakukan yang terbaik dan mencukupi untuk menyenangkan hati orang lain yang akhirnya boleh dan mampu memuaskan hatinya sendiri..?

adakah dia akan meninggalkan dimensi ini dengan kebanggaan atau kekecewaan..?

sesungguhnya saya bertanya kepada diri saya sendiri dengan soalan-soalan itu.. ditambah dengan, adakah saya sekarang tengah membuat perkara-perkara yang baik tidak kira sebesar atau sekecil mana pahala tersebut.. yang penting adakah saya dan mungkin anda sedang melakukannya dan mula menabur benih-benih murni ini tetapi dengan syarat iaitu tanpa merosakkan tanaman suci orang lain..?

namun sukar untuk saya ingati semula perkara-perkara yang telah saya lakukan dahulu.. entah mengapa sedemikian.. mungkin saya tidak mahu ingat atau tidak dibenarkan untuk mengingatinya.. tetapi yang pentingnya ialah usaha perlu diteruskan dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan walau sesedikit manapun..

harapan: mesej berjaya disampaikan..

Monday, March 16, 2009

Wajarkah..?

tatkala petunjuk, nasihat dan harapan dikongsikan kepada orang di sisi, persoalan ini timbul,

"bagaimana pula dengan diri sendiri..?"
"adakah saya masih dan sedang memperjuangkan perkara yang sama..?"

persoalan-persoalan ini menyentak minda.. mengelak daripada keadaan yang memaksa tidak membantu untuk menyelesaikan masalah yang menduga.. tambahan, kita perlu membuat perkara yang setaraf dengan kata-kata hikmat yang dihamburkan.. tidak boleh sekadar mulut menyebut, hati mengenang dan orang lain yang melakukannya.. tidak wajar begitu..

kadang-kala, pertimbangan dan tanggapan awal dan tanpa melakukannya secara praktikal tidak boleh dijadikan sebagai kesimpulan dan diakhiri dengan noktah.. lakukan dulu kemudian baru nyatakan kesimpulan yang terbaik.. kaedah ini akan memberikan impak yang mungkin berada di luar jangkaan dan membina semangat berjuang dan keyakinan diri..

Ciri-ciri insan kelahiran bulan Januari..

...daripada Dr. Fadzilah Kamsah

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selesema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

-dipentingkan bulan januari kerana ia merupakan bulan kelahiran saya..
-90% tepat..
- ^.^

Sunday, March 15, 2009

Di Luar Dugaan..

Alangkah baiknya jikalau yang kulihat itu hanyalah fantasi dan bukannya realiti..!! aku akan berasa lebih gembira dan bahagia jika realiti itu bukan realiti.. namun sayangnya, realiti tetap realiti.. realiti ini telah mendapat tafsiran otakku yang kukira susah untuk dilupakan.. dan realitinya, aku mungkin akan bertindak mengikut realiti yang telah terjadi.. harapanku, realiti ini tidak dinafi, diketepi dan dibiarkan sebegitu saja.. kerana realiti tetap realiti..

tetapi, hatiku terisi dengan kegembiraan pada masa ini.. dengan kepuasan hati dan jiwa yang mampu mengukirkan senyuman.. meringankan bebanan minda dan hati yang amat menekan sebelum ini.. aku tidak berkira dengan perkara yang telah terjadi buat masa ini kerana perkara itu tidak bermain-main di kotak fikiranku.. namun tidak dapat kujamin pada hari tersebut yang akan tiba; barangkali aku tidak akan mengabaikan peluang untuk mengolah kejadian itu demi kesempurnaan pada masa hadapan kendatipun mungkin kecaman dan bisikan sindiran daripada orang sekeliling akan didengari.. aku merasakan bahawa olahan yang boleh membawa kepada perubahan yang positif adalah lebih penting berbanding dengan pandangan liar orang lain yang mungkin tidak bersetuju..

harap-harap, penjelasan yang diberikan mampu menyejukkan hati yang panas membara pada hari itu.. bukan hatiku saja, malahan yang selainnya juga.. mungkin perkara ini tidak lagi diketahui mereka sehingga kini dan barangkali selama-lamanya.. namun jangan bangga diri.. sukar untuk diterima penjelasan yang tidak relevan.. pandai-pandailah membawa diri..

...in dilemma..!! (#_#)

Saturday, March 14, 2009

Ketumpulan M3nT@liti..

sesungguhnya, ada banyak perkara yang ingin saya muatkan di sini untuk beberapa hari ini. tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian. selain itu, apabila niat ingin menaip ini timbul, minda merajuk pula. tidak dapat mengingati perkara yang ingin dikongsikan. walau bagaimanapun, saya baru sahaja menyertai pasukan perbarisan bakti permai sebentar tadi. walaupun tidak banyak latihan yang berjaya dilakukan dan dijalani, secara spesifiknya dengan hanya berbekalkan lebih kurang 3 kali latihan, persembahan kami bolehlah dikategorikan pada peringkat yang agak memuaskan. saya terkejut sedikit juga dengan persembahan tadi. hehe.. kagum!

Wednesday, March 11, 2009

selepas ditemu duga..

keadaan ini sering kali berlaku ke atas diri saya iaitu menilai kembali sesuatu perkara dan memberitahu diri yang saya sepatutnya macam ini dan berkata begini.. semua idea melimpah keluar selepas waktu yang saya kira agak formal yakni selepas ditemu duga.. saya mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan dan lantas membiasakan diri di hadapan barisan penemu duga sebentar tadi.. tahap kelancaran saya berbahasa hanya nyata setelah berlalu suatu tempoh masa pemantauan.. tetapi macam terlambat sikit pula.. walau bagaimanapun, saya berharap saya sudah bertutur dengan secukupnya untuk meyakinkan mereka..

harap-harap dapat lah.... (<_>) ...please!!!

Monday, March 9, 2009

Menatapi waktu-waktu silam...

buenas noches..!!

mengimbas kembali insiden-insiden yang berlaku ke atas diri sendiri pada masa dahulu menyebabkan pelbagai jenis perasaan berbaur di hati.. ada yang manis.. ada yang menyayat hati.. ada yang tidak memotivasikan diri.. ada yang memerlukan insan ini agar tidak mengecewakan orang lain.. ada yang merundun jiwa.. dan sebagainya.. kesemuanya bergolak di sanubari dan tampaknya kemenangan seolah-olah menuju ke arah yang negatif.. barangkali, hati kecil ini lebih menitikberatkan kegelapan daripada kecerahan.. diambilnya yang keruh dan dipantaunya yang jernih.. ingin menjadi penyumbang sumber cahaya mini dan mencuba untuk menerangi sudut persekitaran yang gelap-gelita.. tetapi keamatan cahayanya acapkali dipersoalkannya.. keupayaannya masih menjadi keraguan.. harapan hanya harapan.. cubaan hanya tetap cubaan..

......persoalannya, mengapa begitu?

pandangan serong, salah satu jawapannya.. tidak akan dilupai frasa yang berbunyi "dia boleh ke?" yang dimuntahkan daripada mulut seorang pemimpin yang kononnya penggerak program mulia yakni pembentukan modal insan dalam kalangan anak buahnya.. sungguh tidak patut kata-kata yang menyumpit jantung itu dihamburkan.. malahan, di hadapan anak buahnya pula..

ironiknya, apabila pernyataan ini "......saya kecewa dengan kamu" kedengaran, tidak pula hati disakiti.. sebaliknya terbentuk persoalan, kerasionalan dan semangat tidak menghampakan individu tersebut merajai pemikiran..

(kedua-duanya individu tersebut mempunyai profesion yang sama)

harapan yang dibuka ditarik balik, meninggalkan mangsanya jatuh dari binaan menara tinggi mayanya.. kononnya meritokrasi.. sakit sekali sehingga terasa sampai ke hari ini.. meniti hari-hari kemudiannya dengan kecelaruan fizikal dan ketumpulan mentaliti.. menyebabkannya lupa dan hilang diri..

beginilah contoh-contoh gaya dan teknik yang saya gunakan semasa mengarang sebuah cerpen (cerita pendek)... hehe jadi? harap-harap bolehlah diterima...

anyway, make yourself sure that you will always be happy as life has to go on...

and I hope I could make it also.. haha.. ^_^

Sunday, March 8, 2009

Bahasa Melayu sudah berkubu di sanubari...

semalam, hujan turun di usm.. alang-alang malang tidak berbau, saya tergelincir semasa dalam perjalanan ke perpustakaan.. terduduk saya di situ seketika.. nasib baik juga kerana tidak ramai orang yang ada di foyer tu.. kalau tidak lagilah malu.. aduhai =.=''' akibat kerakusanlah, air muka binasa.. walau bagaimanapun, muka saya yang binasa ini dikasihi orang juga.. mentang-mentang saya tulis 'give face' dalam msn saya, adalah saya diberi muka dan dibacanya blog saya.. malahan ada juga kawan-kawan saya yang memberi komen.. haha komen-komen yang membina saya kira.. kalau hendak tahu komen-komen itu, anda kenalah baca sendiri (tinggalkan komen pun saya tidak kisah; tidak hendak saya seolah beromong-omong keseorangan)..
entahlah macam mana saya hendak memberi jawapan yang lebih meyakinkan.. rasanya boleh saya jelaskan seperti ini, semasa di darjah 1 lagi saya sudah bertekad untuk mempelajari bahasa melayu dengan sebaiknya disebabkan suatu kejadian yang tidak lut daripada ingatan.. pada suatu hari cikgu bahasa melayu saya memberi sekeping kad yang mempunyai gambar seekor kuda, disertai diskripsinya.. pengetahuan saya tentang bahasa melayu pada masa itu sangat cetek.. sesungguhnya lisan, merupakan sesuatu yang berada di luar keupayaan saya.. dimintanya saya membaca kad tersebut.. kalau saya tidak silap, kalau tidak dapat membaca dengan baik, hukuman akan diberikan.. saya melakukan sesuatu yang amat mengaibkan.. sebagai akibat tertekan, saya menghalusinasikan diri sendiri seolah-olah ingin muntah dan meminta untuk balik rumah.. ingin menyebut perkataan 'muntah' pun saya tidak tahu.. saya membuat aksi saja.. ish... haiz.. agak menyesal atas tindakan saya pada masa itu.. bapa saya yang tiada di rumah pada masa itu memaksa ibu saya untuk meminta jiran saya untuk mengambil saya di sekolah.. menyusahkan orang saja.. sejak kejadian itu, saya pun berazam dan bertekad untuk mempelajari bahasa ini dan menguasainya kerana tidak mahu perkara yang sama berulang.. ditambahi semangat mengajar guru-guru bahasa melayu yang saya sanjungi seperti Puan Hamidah, Puan Ummi Kalsom, arwah Encik Wahab dan Puan Nurlida, beginilah tahap penguasaan bahasa melayu saya pada masa ini (penilaiannya anda buat sendiri)... bagaimana saya diacu beginilah hasilnya.. saya tidak bermaksud untuk membanggakan diri di sini.. saya cuma ingin menceritakan serba sedikit sejarah saya pada masa dahulu.. justeru, untuk menjawab komen yang ditinggalkan, saya menjangkakan penggunaan bahasa melayu amatlah sukar untuk saya sisihkan kerana bahasa ini telah saya cintai dan yang keduanya saya tidak mahu kegigihan guru-guru saya itu dicurahkan ke daun keladi..
kalau hendak bercakap tentang persekolahan ini, saya mempunyai sangat banyak kenangan manis dan masin yang boleh dikongsi-kongsikan... haha lain kali sajalah..
sebenarnya, ada satu lagi tujuan penggunaan bahasa melayu di sini.. namun, akan saya rahsiakannya.. biarlah ia bersifat mulia dan boleh menampakkan hasil.. hehe ^^

Saturday, March 7, 2009

AKHIRNYA SAYA MEMILIKI BLOG SAYA SENDIRI...

Hola..! kepada kawan-kawan saya, jangan terperanjat.. sungguh pandangan kalian semua.. betul...!! saya memiliki blog saya sendiri sekarang... hehe mungkin dahulu saya agak ketinggalan dari segi teknologi, namun sekarang saya berharap saya sedang berada dalam arus perubahan untuk menuju ke arah penimbaan pengalaman dengan semaksimumnya dan lantas, kecemerlangan saya kira... kakaka kononnya la.. moga-moga bisa berjaya...

Sebagai pembuka mukadimah untuk kali yang pertama ini, inginlah saya menyatakan beberapa perasaan yang terbuku di hati dan perkara...

Pertamanya ialah kegembiraan dan kepuasan kerana akhirnya saya memiliki blog sendiri dan boleh menjadikan blog ini sebagai landasan bagi saya meluah atau melontarkan pendapat saya dalam pelbagai ranjau kehidupan saya atau orang-orang di sekeliling saya yang telah ditempuhi atau bakal mendatang.. haha boleh juga saya mengasah penguasaan Bahasa Melayu saya balik melalui penulisan saya di dalam blog ini.. mungkin saya akan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa prima saya dalam penulisan blog saya ini.. sebabnya cukup mudah dan saya percaya dan yakin bahawa sahabat-sahabat saya juga bersependapat dengan saya iaitu saya lebih ekspresif kalau menggunakan Bahasa Melayu... hehe jangan khuatir, akan saya selit juga Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain sebagai medium pengantar; hendak menguasai bahasa yang lain juga..

Keduanya, kalian boleh memberi atau meninggalkan komentar jikalau mahu ( amat dialu-alukan kerana mengharapkan interaksi dan pertukaran pendapat ).. haha nampak macam saya akan buat projek gergasi pula dengan blog saya ini... sebenarnya saya tiada cadangan lagi untuk penulisan yang akan datang... terpulang pada keadaan...

Barangkali sekian sahaja buat kali yang pertama ini.. hehe jangan jemu pula dengan penggunaan bahasa saya ( mana tahu kalau sukar untuk difahami )...

Menantilah untuk kali yang mendatang...

Jaga diri baik-baik semua dan jangan nakal-nakal...!! XD