Thursday, June 4, 2009

~TM KPT~

Perjumpaan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah pada hari ini merupakan pembuka mata bagi saya yang tidak pernah lagi mempunyai peluang untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negara. Melalui pengamatan kata-kata yang dilontarkan, saya dapat merasakan beliau merupakan seorang yang berjiwa mahasiswa dan mesra dengan kami, wakil-wakil persatuan dan kelab yang berada di dalam dewan kuliah A. Nasihat dan petunjuk diberikan selain menjelaskan beberapa perkara yang secara tidak langsungnya telah menjawab persoalan-persoalan yang selalu bermain-main di dalam minda.

Kemudian, tiba pula sesi soal jawab dengan YB. Memang mengkagumkan apabila terdapat mahasiswa dan mahasiswi yang tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertanyakan soalan yang selama ini menjadi bebanan dan konfusi pada diri masing-masing. Namun, senario di dalam dewan menjadi semakin panas dan rancak tetapi masih terkawal apabila terdapat mahasiswa dan mahasiswi yang bangkit dan tampil untuk menyuarakan ideologi dan mungkin ketidakpuasan dalam beberapa perkara. Sinis aturan kalimat yang diluahkan berdasarkan kandungan konotasi tersirat yang saya kira mudah untuk ditafsirkan dan difahami. Bangkit juga pihak yang sebelah lagi untuk membenteng virus-virus yang mengancam mereka. Suasana pada masa itu adalah seolah-olah saya telah bertukar identiti sebagai seorang wakil persatuan/kelab kepada seorang penonton di dalam mahkamah yang mempertontonkan kedua-dua pihak pendakwaraya dan pembelaan melepaskan hujah-hujah bernas masing-masing. Penguasaan dewan adalah berpihak kepada pihak pendakwaraya. Hakim mahkamah ialah YB. Terlalu hiperbola jika saya simbolikkan sedemikian?

Walau bagaimanapun, pendapat-pendapat yang diutarakan daripada kedua-dua pihak ada kesahihannnya. Pelbagai maklumat yang membuka minda dan kepastian dapat dikutip menerusi jawapan yang diberikan oleh YB.


3 comments:

  1. hye..
    wahh..nice blog...
    sukar utk dipercayai yg blog awak sgt best..susun kata n bahasa yg mengkagumkan saya...secara jujur, saya merasakan saya tidak sehebat awak dlm mengarang dan menyusun kata...teruskan kemantapan bahasa awak ya..
    PEACE..!!

    ReplyDelete
  2. hi..
    hehe blog saya tak la secantik yang mu punya..
    haha masih lagi belajar berbahasa..
    sama-sama belajar...
    Peace back!!! =p

    ReplyDelete
  3. btol kak fadz,mmg chin soon blh gunakn bahasa dgn baik.lgpun pandai buat pmilihan kata..tahniah(^^,)
    >formalnya komen..hehe<

    ReplyDelete