Monday, July 20, 2009

Titian hari ini..

Hello!

Hari ini saya harungi dengan penuh tekanan dan bebanan. Tekanan dan bebanan yang dapat dibaui jikalau saya tidak melakukan dan menyelesaikan perkara tersebut terlebih dahulu. Namun, saya tetap dengan khayalan manis dan ketaksuban dengan teknologi yang berada di hadapan saya. Gara-gara lupa atau tidak mengendah pada prinsip,

Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian.


Walau bagaimanapun, kini tekanan telah berkurangan tetapi bebanan di dalam kepala masih terasa sampai sekarang. Dan saya perlu sedar dan betul-betul sedar. Kalau boleh, saya tidak mahu mengulangi kejadian / kekalutan pada hari ini. Keutamaan mahu diberikan dalam usaha merealisasikan matlamat yang ditetapkan dari masa ke masa.

Boleh..!

6 comments:

  1. apa maksud awak "tekanan dan bebanan yang dapat DIBAUI....??? konpius.. skejap... huhuu

    ReplyDelete
  2. oooo maksudnya nya bau(smell) oooo dibaui ada ek???? saya pertama kali jumpa...

    ReplyDelete
  3. sekiranya malang boleh dibaui, saya kira yang lain pun boleh... dan istilah 'konpius' (confused) rasanya tidak dieja dengan betul..

    ReplyDelete
  4. saya nak jadi student BM awk la..(hehehe)

    ReplyDelete
  5. hawa, saya belum berkelayakan nak jadi seorang guru BM.. hehehe..

    ReplyDelete