Curi masa sikit….
Dalam dua tiga hari ini, kata-kata ini bermain di minda saya : “Kurang ajar” dan “Kurang belajar”. Dapat kenal pasti persamaan dan perbezaan bagi kata-kata ini dari segi simantik, teknik sebutan dan mungkin tahap kesivikan penggunanya? Sebenarnya tafsiran demi tafsiran melintasi otak saya ini sehingga saya merasakan ada baiknya isu ini dijadikan subjek perbincangan dan dimasukkan ke dalam blog ini. Namun, buah fikiran dan pengolahan yang bakal saya taipkan di sini tiadalah kaitannya dengan sesiapa pun dan dalam keadaan yang sebagaimana pun… hanya ingin berkongsi idea untuk mengubah corak bersosial sesetengah orang, khasnya kepada mereka yang acapkali menggunakan frasa “KURANG AJAR!!”…
‘Lembu punya susu, sapi dapat nama’.. Apakah pendapat anda dengan peribahasa ini? Sekiranya perkara ini berlaku ke atas diri kita, marah bukan? Kalau tidak marah pun, akan rasa kurang senang bukan? Kalau tidak rasa apa-apa yang negatif tetapi sebaliknya terasa puas hati dan bersyukur, tahniahlah kerana tidak ramai yang dapat berbuat sedemikian…
Saya kira sama konsepnya di sini apabila kata-kata “kurang ajar” digunakan. Adakah kegagalan seseorang menampilkan diri dari aspek bahasa, kelakuan dan keperibadian dirinya dengan baik, ibu dan bapa atau penjaga atau gurunya yang harus dipersalahkan? Hal ini kerana pada dasarnya kumpulan orang inilah yang mendidik dan membentuk generasi muda kini…
“Kurang ajar” merupakan bahasa yang agak kasar dan merujuk kepada kegagalan atau kekurangan orang-orang ini dalam usaha mereka terhadap tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pendidik. Wajarkah mereka yang dipersalahkan? Atau individu muda tersebut yang wajar dipersalahkan kerana kurang belajar? Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segolongan manusia yang dijaga dan dididik dengan sangat baik. Tetapi, dukacitanya mereka tidak berjaya menunjukkan nilai-nilai murni yang dipelajari selama mereka berespirasi di atas permukaan bumi ini sehinggakan mereka dilabelkan mereka yang “kurang ajar”. Penegasan saya di sini ialah mereka ini “kurang ajar” atau “kurang belajar”? Saya merasakan frasa yang sepatutnya digunakan ialah “kurang belajar”. Tidak adil sekiranya kata kurang ajar digunakan kerana bukan pendidik-pendidiknya yang bersalah sebaliknya individu itulah yang harus lebih mencerap dan menonjol sebagai mereka yang terpuji. Maka, saya ingin menegaskan bahawa istilah “kurang belajar” yang sepatutnya digunakan untuk melabel mereka ini.
Selain dapat mengelakkan pergaduhan lidah ataupun fizikal, keadilan terhadap golongan pendidik yang sering kali dipersalahkan ini, apabila wujudnya kes atau isu yang berkaitan, dapat dituntut. Tambahan, penggunaan “kurang belajar” ini lebih sopan dan saya rasa tidak mencabar kesabaran dan toleransi sesiapa. Dengan kata lain, “kurang belajar” adalah lebih ideal untuk digunakan berbanding “kurang ajar”.
Peringatan : “kurang ajar” merujuk kepada mereka yang mengajar dan “kurang belajar” merujuk kepada mereka yang diajar… Justeru, daripada menggunakan “kurang ajar”, berubahlah kepada penggunaan “kurang belajar”, melainkan anda pasti bahawa orang tersebut betul-betul tidak pernah atau kurang diajar…
Peringatan : “kurang ajar” merujuk kepada mereka yang mengajar dan “kurang belajar” merujuk kepada mereka yang diajar… Justeru, daripada menggunakan “kurang ajar”, berubahlah kepada penggunaan “kurang belajar”, melainkan anda pasti bahawa orang tersebut betul-betul tidak pernah atau kurang diajar…
Apa pendapat awak
ReplyDelete1.kata-kata ATAU perkataan?
2.Baris kedua ayat bermula "Dapat..." awak maksudkan persoalan atau penyataan ayat tersebut? (musyikil)
3."melintasi otak" ATAU "merentasi buah fikiran "
4."objek perbincangan" ATAU "subjek perbincangan"
5."tiadalah kaitannya" ATAU "tiada kaitannya"
6."sebagaimana pun" ATAU "apa pun"
7."kumpulan orang inilah" ATAU "golongan ini"
hehe nanti saya sambung komen..
Semua komentar daripada saudara setakat ini saya balas dengan seuntai kata untuk dirasa...
ReplyDelete"Bacalah dalam bahasamu.."
"bacalah dalam bahasamu" elok dibaca dengan "fahamkan tuan baru hamba mengerti,tuan tidak faham, hamba lagi tidak mengerti"
ReplyDeletehehehehehe
Sesungguh, saya memahami perkara yang saya ingin sampaikan melalui entri ini...
ReplyDeleteSekiranya tuan hamba ini tidak mengerti, mungkin bahasa yang tuan hamba gunakan saban hari berlainan dan sukar untuk difahami walaupun tuan hamba sendiri...
renung-renungkan...
kamu siap buat analis ya..bagus2..skurang2nya boleh mnambah pngetahuan sy..(maaf ya klau blaku pncemaran dlm komen ini x kira la dr segi pktn @ tatabahasa..)
ReplyDelete(^^,)