Sunday, March 29, 2009

Malam Citramemori..

Hi..!

Semalam, saya menyertai satu aktiviti anjuran Portfolio Protokol dan Tugas-tugas Khas, MPD Bakti Permai.. haha dalam malam keraian bagi senior-senior yang bakal meninggalkan USM itu ada pelbagai acara yang menarik dan yang paling saya gemari ialah waktu makan.. muahahaha banyak yang saya makan dan makanan pun sedap.. siap dengan mesin pengisar ais untuk buat ais kacang.. mengagumkan..!

kemudian saya juga diberi peluang untuk memberi salah satu anugerah pada malam itu iaitu Anugerah Projek Terbaik Desa (harap-harap tak silap taip nama anugerah).. tak sangka nama saya tersenarai untuk sesi penganugerahan tersebut.. saya anggap itu sebagai suatu penghargaan hehe..

PADU dan DPNC tersenarai juga sebagai calon-calon projek universiti terbaik tetapi ada projek lain yang lebih mengungguli yakni Malam Variasiswa.. Tahniah..!!

Sebelum itu, anugerah pertama yang disampaikan pada malam semalam ialah Anugerah Exco Terbaik... Gambar yang dimuatkan dalam slaid ialah gambar Aiman, Dayu, saya dan Ninja.. ehh tak sangkalah gambar saya terpapar pada skrin itu.. Tiga orang calon dari Portfolio Akedemik dan Kerohanian dan seorang calon dari Portfolio Kebudayaan dan Integrasi.. (tetapi exco portfolio yang lain tidak kurang hebatnya)..

pemenang diumumkan..... SOO CHIN SOON...

haaaahhh..!! tentu ramai yang terkejut.. saya sendiri pun terkejut dan tergamam.. saya sebenarnnya tidak sangka yang saya akan mendapat sebarang anugerah pada malam semalam.. lebih-lebih lagi yang ini.. sungguh tidak sangka.. =.=''' saya memikirkan bahawa ada calon lain yang lebih baik..

tak tahulah.. hehehe terima je la.. terima kasih kepada mereka yang memilih saya untuk menerima anugerah ini.. tetapi gelaran 'EXCO TERBAIK' itu wajar dikongsi secara khasnya dengan Aiman, Dayu dan Ninja dan secara amnya bersama-sama semua EXCO MPDBP yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek-projek Bakti dan universiti lalu menaikkan nama Desasiswa Bakti Permai sepanjang sesi 2008/2009..

selain itu, AKERO merangkul Anugerah Portfolio Terbaik juga.. hehe 'melatup' AKERO..!! hahaha tahniah dan syabas AKERO..!!

kepada senior-senior yang diraikan pada malam itu, semoga terhibur dalam majlis tersebut dan kepada semua senior Bakti Permai semoga berjaya pada masa depan dan dalam kerjaya yang bakal diceburi.. bagi pengalaman pahit dan manis yang ditimba sepanjang masa berada di sini, jadikanlah memori kenangan yang terpahat di minda.. nostalgik jika diimbas kembali sekali-sekala..

Hasta luego! =D

4 comments:

  1. soo chin soon

    tahniah.

    juga terima kasih kerana pernah membuat air oren yang boleh tahan sedap untuk diminum oleh team padu.

    (makcik2 sekalian, sila lah jadikan chin soon sebagai bakal menantu anda. dia pandai buat air oren)

    =)

    anyway, congrats chin soon.

    ReplyDelete
  2. hehe thanks..

    tapi kak nieysa, saya tau air oren yg saya buat tu tak cukup manis dan tak sedap pun...

    hehe tak yah le nak promote saya kat mak cik2..

    hahahaha

    ReplyDelete
  3. anugerah??ni kena buat kenduri ni..hoho..neway thanx banyak atas dedikasi anda mase dpnc hari tu..anda memang exco terbaik.kan adik chin soon..wkakaka

    ReplyDelete
  4. but dun involve too much in hostel activities until u slacking off in ur academics..

    best of luck to u..

    ReplyDelete