Tuesday, August 25, 2009

Cerita Pendek ( = Cerpen? )...

Hello..

Sudah lama saya tidak masukkan entri ke dalam blog saya ini... ermmm… pada kali ini saya hendak bercerita sikit tentang perkara yang telah berlaku ke atas diri saya dalam tempoh masa hampir sebulan ini… beberapa minggu lepas saya terlibat dalam ConvEx’09… sibuk? Mahu kata “ya” tidak pula secara realiti... sibuk itu hanya pada waktu tertentu sahaja… itupun kalau diistilahkan sibuk… hmm tidak tahu bagaimana saya ingin menggambarkan pengalaman dan perasaan saya selama menyertai sekretariat ConvEx’09 ini… beginilah, perkara yang mengirangkan hati ialah kesempatan bertemu dan berinteraksi lantas berkawan dengan orang lain baik dalam sekretariat mahupun pihak luar… selain itu, hubungan persahabatan yang sedia wujud pula dapat dipereratkan lagi melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama selain daripada bergurau senda antara satu sama lain tanpa mengira gosipan, lontaran kata-kata sinis, pujian atau pertukaran idea… satu patah perkataan yang boleh menggambarkan pengalaman ini : SERONOK..!!!

Namun, pada masa yang sama saya timbuni kerja-kerja kuliah yang mengambil kebanyakan masa saya saban hari. Jadi, luangan masa saya adalah lebih berfokuskan akademik saya. Terkilan juga perasaan saya kerana tidak mampu memberikan komitmen yang padu. Secara ringkasnya, sepuluh jari dirapatkan, lalu ampun dan maaf dipinta.

Kerjasama antara majlis tertinggi bahagian penajaan saya kira memuaskan walaupun ada kekurangan sikit yang perlu saya kuburkan… bumi manalah yang tidak ditimpa hujan, bukan!!
Tetapi, pengalaman mencari sumbangan dana dan produk ini memang mencelikkan mata dan membuka kerangka pemikiran saya. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah melibatkan diri secara langsung dalam bahagian penajaan. Memang baru dan mencabar bagi saya… hahaha..!!

Demikianlah urita pendek tentang penglibatan saya dalam tempoh masa hampir sebulan ini. Selepas minggu konvokesyen, saya pun pulang ke rumah. Rindu akan rumah dan ahli keluarga… maklumlah sudah lama tidak pulang... Di rumah, saya banyak berehat, makan dan tengok televisyen. Rancangan pembelajaran di rumah yang telah dibuat semasa masih lagi berada di USM tidaklah berjaya sangat. Implikasinya, kesusahan dan keletihan bakal dialami dalam beberapa minggu mendatang kerana beberapa kertas ujian penilaian akan dihadapi dan ditambahi kerja-kerja kuliah dan laporan amali yang masih belum diselesaikan. Untaian kata bagi diri sendiri, “WALK THE TALK” dan “BEKERJALAH ANDA, SEBELUM ANDA DIKERJAKAN”…

Selamat berpuasa kepada mereka yang ikhlas berpuasa…!!