semalam, hujan turun di usm.. alang-alang malang tidak berbau, saya tergelincir semasa dalam perjalanan ke perpustakaan.. terduduk saya di situ seketika.. nasib baik juga kerana tidak ramai orang yang ada di foyer tu.. kalau tidak lagilah malu.. aduhai =.=''' akibat kerakusanlah, air muka binasa.. walau bagaimanapun, muka saya yang binasa ini dikasihi orang juga.. mentang-mentang saya tulis 'give face' dalam msn saya, adalah saya diberi muka dan dibacanya blog saya.. malahan ada juga kawan-kawan saya yang memberi komen.. haha komen-komen yang membina saya kira.. kalau hendak tahu komen-komen itu, anda kenalah baca sendiri (tinggalkan komen pun saya tidak kisah; tidak hendak saya seolah beromong-omong keseorangan)..
entahlah macam mana saya hendak memberi jawapan yang lebih meyakinkan.. rasanya boleh saya jelaskan seperti ini, semasa di darjah 1 lagi saya sudah bertekad untuk mempelajari bahasa melayu dengan sebaiknya disebabkan suatu kejadian yang tidak lut daripada ingatan.. pada suatu hari cikgu bahasa melayu saya memberi sekeping kad yang mempunyai gambar seekor kuda, disertai diskripsinya.. pengetahuan saya tentang bahasa melayu pada masa itu sangat cetek.. sesungguhnya lisan, merupakan sesuatu yang berada di luar keupayaan saya.. dimintanya saya membaca kad tersebut.. kalau saya tidak silap, kalau tidak dapat membaca dengan baik, hukuman akan diberikan.. saya melakukan sesuatu yang amat mengaibkan.. sebagai akibat tertekan, saya menghalusinasikan diri sendiri seolah-olah ingin muntah dan meminta untuk balik rumah.. ingin menyebut perkataan 'muntah' pun saya tidak tahu.. saya membuat aksi saja.. ish... haiz.. agak menyesal atas tindakan saya pada masa itu.. bapa saya yang tiada di rumah pada masa itu memaksa ibu saya untuk meminta jiran saya untuk mengambil saya di sekolah.. menyusahkan orang saja.. sejak kejadian itu, saya pun berazam dan bertekad untuk mempelajari bahasa ini dan menguasainya kerana tidak mahu perkara yang sama berulang.. ditambahi semangat mengajar guru-guru bahasa melayu yang saya sanjungi seperti Puan Hamidah, Puan Ummi Kalsom, arwah Encik Wahab dan Puan Nurlida, beginilah tahap penguasaan bahasa melayu saya pada masa ini (penilaiannya anda buat sendiri)... bagaimana saya diacu beginilah hasilnya.. saya tidak bermaksud untuk membanggakan diri di sini.. saya cuma ingin menceritakan serba sedikit sejarah saya pada masa dahulu.. justeru, untuk menjawab komen yang ditinggalkan, saya menjangkakan penggunaan bahasa melayu amatlah sukar untuk saya sisihkan kerana bahasa ini telah saya cintai dan yang keduanya saya tidak mahu kegigihan guru-guru saya itu dicurahkan ke daun keladi..
kalau hendak bercakap tentang persekolahan ini, saya mempunyai sangat banyak kenangan manis dan masin yang boleh dikongsi-kongsikan... haha lain kali sajalah..
sebenarnya, ada satu lagi tujuan penggunaan bahasa melayu di sini.. namun, akan saya rahsiakannya.. biarlah ia bersifat mulia dan boleh menampakkan hasil.. hehe ^^
No comments:
Post a Comment