dari 22~24/5, saya menyertai Kem Pimpin Siswa di Sungai Siput.. berdekatan dengan tempat saya menjalani PLKN dulu.. aktiviti-aktiviti dalam program ini saya rasa agak sama modulnya seperti di dalam PLKN.. namun, kem ini lebih bersifat kelestarian.. sesuatu program yang baik saya kira kerana pengalaman baru boleh dan dapat ditimba melalui kem ini.. antara aktiviti yang paling memikat dan menarik hati saya adalah acara 'sukaneka' dan 'survival'.. saya dapat mencuba banyak jenis permainan minda baru dalam aktiviti sukaneka (hehe boleh dipetik bagi aktiviti lain).. dalam survival, pula kami diberi ayam yang hidup-hidup untuk disembelih dan bahan masakan yang perlu dicari lokasinya di sekitar tempat perkhemahan.. kemudian, kami bertukar-tukar bahan masakan dan rempah yang ada dengan kumpulan lain supaya masakan yang tersedap dapat dihasilkan bagi makan tengah hari pada hari kedua perkhemahan.. hehe masakan kami hebat sehinggakan kami berjaya memikat hati juri untuk memberikan kemenangan masakan terbaik kepada kumpulan kami walaupun kekurangan peralatan dan bahan masakan.. agak sengit juga kerana perbezaan markah dengan yang tempat kedua hanyalah satu markah..
hehehehe... pengalaman memasang khemah dan tidur di dalamnya selama dua malam merupakan sesuatu yang baru bagi saya.. meskipun saya dimaklumkan bahawa para peserta akan disajikan dengan aktiviti lasak sebelum saya melaporkan diri, namun tahap kelasakannya tidaklah serupa dengan kelasakan yang berlegar di minda saya pada masa itu.. namun, tidak mengapa.. saya merasakan kem ini bagus dan mampu untuk menjalin dan membina hubungan yang erat sesama mahasiswa dan mahasiswi selain menyampaikan mesej kelestarian yang masih diragui takrifan sebenarnya.. saya merasakan kem ini adalah relevan dan akan bertambah baik setelah meneliti maklum balas yang diterima dan melakukan perubahan yang sewajarnya..
No comments:
Post a Comment